Sunday 31 July 2011

TAFSIR SURAH AL-QADR

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
Lo! We revealed it on the Night of Power .
我在那高贵的夜间确已降示它 ,


وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
2. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Ah , what will convey unto thee what the Night of Power is!
你怎能知道那高贵的夜间是什麽?


لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
The Night of Power is better than a thousand months .
那高贵的夜间 ,胜过一千个月 ,


تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
4. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
The angels and the Spirit descend therein , by the permission of their Lord , with all decrees .
众天神和精神 ,奉他们的主的命令 ,为一切事务而在那夜间降临 ,


سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
5. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
( That night is ) Peace until the rising of the dawn .
那夜间全是平安的 ,直到黎明显著的时侯

KITAB PUASA

Kitab : KITAB PUASA
Bab : Bab Wajib Berpuasa Pada Bulan Ramadan Jika Kelihatan Anak Bulan Ramadan Dan Berbuka iaitu Berhari Raya Jika Kelihatan Anak Bulan Syawal. Sekiranya Keadaan Tidak Terang Iaitu Dilitupi Awan Pada Awal dan Akhirnya, Hendaklah Disempurnakan Jumlah Bulan Tersebut Tiga Puluh Hari
1795. Hadis Ibnu Umar r.a:
Nabi s.a.w telah menyebut tentang bulan Ramadan dengan sabdanya: Janganlah kamu berpuasa sebelum kamu melihat anak bulan Ramadan dan janganlah kamu berbuka sebelum kamu melihat anak bulan Syawal. Sekiranya ia dilitupi awan, hendaklah kamu menghitungnya.

1808. Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu melihat anak bulan Ramadan, hendaklah kamu berpuasa. Apabila kamu melihat anak bulan Syawal, hendaklah kamu berbuka. Jika ianya dilitupi terhadap kamu, berpuasalah selama tiga puluh hari.


KITAB SAHIH MUSLIM

Saturday 30 July 2011

KITAB SUASANA HARI KIAMAT, SYURGA DAN NERAKA

Kitab : KITAB SUASANA HARI KIAMAT, SYURGA DAN NERAKA
Bab : KITAB SUASANA HARI KIAMAT, SYURGA DAN NERAKA
4991. Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan tiba seorang lelaki besar lagi gemuk pada Hari Kiamat. Namun di sisi Allah s.w.t tidak dapat menandingi timbangan sayap seekor nyamuk. Kamu bacalah ayat فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا Yang bermaksud: Maka akibatnya kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amalan mereka pada Hari Kiamat kelak.
4992. Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Seorang pendeta datang berjumpa Nabi s.a.w lalu berkata: Wahai Muhammad atau Wahai Abu Al-Qasim! Pada Hari Kiamat Allah s.w.t memegang langit, bumi, gunung-ganang, pokok-pokok, air, tanah dan semua makhluk dengan jari-jari-Nya. Kemudian Dia menggoyangnya sambil berfirman: Akulah Raja, Akulah Raja. Lalu Rasulullah s.a.w ketawa kerana kagum mendengar kata-kata pendeta tersebut sambil membenarkannya kemudian membaca ayat وَ مَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالْأَرْضُ جَمِيعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّمَاوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِيْنِهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ Yang bermaksud: Dan orang yang syirik tidak menghormati Allah dengan sewajarnya, sedangkan pada Hari Kiamat bumi keseluruhannya berada dalam genggaman kuasa-Nya. Maha suci Allah, Dia dan keadaan-Nya yang tertinggi dari apa yang mereka sekutukan.
4994. Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t menggenggam bumi pada Hari Kiamat dan melipat langit dengan tangan kanan-Nya kemudian berfirman: Akulah Raja! Di manakah raja-raja bumi?.
4995. Hadis Abdullah bin Umar r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Pada Hari Kiamat Allah s.w.t melipat langit kemudian menggenggamnya dengan tangan kanan lalu berfirman: Akulah Raja! Di manakah orang yang gagah perkasa? Di manakah orang yang bongkak? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiri-Nya lalu berfirman: Akulah Raja! Di manakah orang yang gagah perkasa? Di manakah orang yang bongkak?.

KITAB SAHIH MUSLIM




Asal usul Hajar Aswad


Asal usul Hajar Aswad

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.
Ada riwayat menyatakan bahwa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Thursday 28 July 2011

ZIKIR , DOA ,

Kitab : KITAB ZIKIR, DOA, TAUBAT DAN ISTIGHFAR
     
Bab : Bab Sunat Berdoa Pada Awal Pagi
     

4908. Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah s.w.t, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah s.w.t dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.


DARI KITAB SAHIH MUSLIM.

.KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.

DARI KITAB SAHIH MUSLIM.

PERKONGSIAN PENUTUP AL-FATIHAH

 Penutup 

Surat Al Fatihaah ini melengkapi unsur-unsur pokok syari'at Islam, kemudian dijelaskan perinciannya oleh ayat-ayat Al Quran yang 113 surat berikutnya.

Persesuaian surat ini dengan surat Al Baqarah dan surat-surat sesudahnya ialah surat Al Faatihah merupakan titik-titik pembahasan yang akan diperinci dalam surat Al Baqarah dan surat-surat yang sesudahnya.

Dibahagian akhir surat Al Faatihah disebutkan permohonan hamba supaya diberi petunjuk oleh Tuhan kejalan yang lurus, sedang surat Al Baqarah dimulai dengan penunjukan al Kitaab (Al Quran) yang cukup sempurna sebagai pedoman menuju jalan yang dimaksudkan itu.

PERKONGSIAN MUQADIMAH AL-FATIHAH

Al Faatihah
 

Surat Al Faatihah (Pembukaan) yang diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat adalah surat yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap diantara surat-surat yang ada dalam Al Quran dan termasuk golongan surat Makkiyyah. Surat ini disebut Al Faatihah (Pembukaan), karena dengan surat inilah dibuka dan dimulainya Al Quran. Dinamakan Ummul Quran (induk Al Quran) atau Ummul Kitaab (induk Al Kitaab) karena dia merupakan induk dari semua isi Al Quran, dan karena itu diwajibkan membacanya pada tiap-tiap sembahyang.
Dinamakan pula As Sab'ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) karena ayatnya tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam sembahyang.

Surat ini mengandung beberapa unsur pokok yang mencerminkan seluruh isi Al Quran, yaitu :

1. Keimanan:
Beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa terdapat dalam ayat 2, dimana dinyatakan dengan tegas bahwa segala puji dan ucapan syukur atas suatu nikmat itu bagi Allah, karena Allah adalah Pencipta dan sumber segala nikmat yang terdapat dalam alam ini. Diantara nikmat itu ialah : nikmat menciptakan, nikmat mendidik dan menumbuhkan, sebab kata Rab dalam kalimat Rabbul-'aalamiin tidak hanya berarti Tuhan atau Penguasa, tetapi juga mengandung arti tarbiyah yaitu mendidik dan menumbuhkan. Hal ini menunjukkan bahwa segala nikmat yang dilihat oleh seseorang dalam dirinya sendiri dan dalam segala alam ini bersumber dari Allah, karena Tuhan-lah Yang Maha Berkuasa di alam ini. Pendidikan, penjagaan dan Penumbuahn oleh Allah di alam ini haruslah diperhatikan dan dipikirkan oleh manusia sedalam-dalamnya, sehingga menjadi sumber pelbagai macam ilmu pengetahuan yang dapat menambah keyakinan manusia kepada keagungan dan kemuliaan Allah, serta berguna bagi masyarakat. Oleh karena keimanan (ketauhidan) itu merupakan masalah yang pokok, maka didalam surat Al Faatihah tidak cukup dinyatakan dengan isyarat saja, tetapi ditegaskan dan dilengkapi oleh ayat 5, yaitu : Iyyaaka na'budu wa iyyaka nasta'iin (hanya Engkau-lah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau-lah kami mohon pertolongan). Janji memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk.

Yang dimaksud dengan Yang Menguasai Hari Pembalasan ialah pada hari itu Allah-lah yang berkuasa, segala sesuatu tunduk kepada kebesaran-Nya sambil mengharap nikmat dan takut kepada siksaan-Nya. Hal ini mengandung arti janji untuk memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk. Ibadat yang terdapat pada ayat 5 semata-mata ditujukan kepada Allah, selanjutnya lihat no. [6].

2. Hukum-hukum:
Jalan kebahagiaan dan bagaimana seharusnya menempuh jalan itu untuk memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Maksud "Hidayah" disini ialah hidayah yang menjadi sebab dapatnya keselamatan, kebahagiaan dunia dan akhirat, baik yang mengenai kepercayaan maupun akhlak, hukum-hukum dan pelajaran.

3. Kisah-kisah:
Kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang Allah. Sebahagian besar dari ayat-ayat Al Quran memuat kisah-kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang. Yang dimaksud dengan orang yang diberi nikmat dalam ayat ini, ialah para Nabi, para shiddieqiin (orang-orang yang sungguh-sungguh beriman), syuhadaa' (orang-orang yang mati syahid), shaalihiin (orang-orang yang saleh). Orang-orang yang dimurkai dan orang-orang yang sesat, ialah golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.

Perincian dari yang telah disebutkan diatas terdapat dalam ayat-ayat Al Quran pada surat-surat yang lain.

Wednesday 27 July 2011

TERBARU

NANTIKAN PELANCARAN DAN KELUARAN  ALBUM NASYID IM HIZBUR BERSAMA IM TAUFEK.. INSYAALLAH AKAN BERADA DI PASARAN TAK LAMA LAGI..
PASTIKAN YANG ORIGINAL...

Thursday 14 July 2011

JAWATAN KOSONG

IM HIZBUR MANAGEMENT & CONSULTANT

MENAWARKAN KEPADA ANDA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI FASILITATOR SAMBILAN PROGRAM-PROGRAM KEM MOTIVASI DI BAWAH IM HIZBUR MANAGEMENT & CONSULTANT.


UNTUK KETERANGAN DAN MAKLUMAT HUBUNGI:
imhizbur_cosultant@yahoo.com.
013-2525653

PROGRAM TERBARU

KEM PEMANTAPAN SAKSIAH REMAJA
ANJURAN MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

PADA 15,16,17 JULAI 2011