Wednesday 22 June 2011

WAJIB MENCARI YANG HALAL

 Bismillahirrahmanirrahim.....

Rasulullah s.a.w. bersabda sebuah hadis diriwayatkan Muslim  yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu”.

Baginda kemudian menceritakan seorang lelaki yang sedang berjalan jauh dengan keadaan kusut masai rambutnya yang berlumuran debu sedang dua tangannya menadah ke langit sambil berdoa “Ya Tuhanku, pada hal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, maka betapakah boleh diperkenankan Allah doanya.”

Makanan yang suci dan bersih menjamin kesihatan yang baik. Justeru, disamping memilih makanan yang berzat dan berkhasiat, sebaik-baiknya perlu ditekankan soal kebersihan dan kesuciannya dari segi syariat agama.

Sabda Rasulullah dalam sebuah hadis diriwayatkan at-Tirmizi yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”

Islam menitik beratkan kesihatan umatnya.Seseorang mukmin yang sentiasa perihatin terhadap kebersihan dan kesucian makanannya setiap hari akan melahirkan Nur keImanan dalam dirinya untuk turut sama menjaga kebersihan diri secara keseluruhannya, termasuk pakaian, tempat tinggal, tubuh badan dan pemakanan seharian.

Dalam ibadat asas agama iaitu solat, aspek terpenting yang ditekankan ialah kebersihan diri. Allah s.w.t. tidak akan menerima solat hamba-Nya yang beribadat dalam keadaan kotor.

Ia sesuai dengan maksud hadis Rasulullah yang diriwayatkan Ibnu Hibban iaitu: “Menjadi bersihlah kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih.”

Islam sangat syumul dalam pemilihan makanan dengan menekankan yang bersih dan halal. Dalam surah al-Nahl ayat 114-115, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah, Maka sesiapa dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang.”

Makanan haram dan benda syubhah atau daripada punca yang tidak halal dan syubhah boleh mendatangkan tiga bahaya besar kepada pemakannya.

Pertama, makanan itu akan mempengaruhi jiwa seseorang sehingga dia berasa lebih gemar melakukan kejahatan dan maksiat dan bencikan kerja-kerja kebajikan dan ketaatan.

Kedua, doanya tidak akan dimakbulkan Allah s.w.t. dan ketiga, ia akan menyebabkan dia mendapat seksaan neraka di akhirat kelak.

Apa jua bentuk makanan halal dan bersih perlu diikuti peraturan memakannya sebagaimana disarankan Islam.

Makanan seimbang umpamanya, akan dapat menghindarkan diri seseorang daripada dihidapi penyakit tertentu.

Rasulullah menyarankan perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi adalah udara. Ia amat bertepatan dengan ilmu sains dan kesihatan yang perlu diamalkan manusia.

Insya-Allah jika cukup jumlah yang disarankan Rasulullah itu, sudah pasti kita bukan saja akan dapat merasai nikmat kenyang bahkan hidup lebih mendapat rahmat dan keredaan Allah s.w.t.

Daripada aspek adab pemilihan makanan pula, insan mukmin perlu menghindarkan diri daripada mengambil makanan yang sudah lama terbuka, dari tin berkarat, makanan yang layu dan sebagainya.

Kita memakan sesuatu jenis makanan untuk mendapat sejumlah tenaga mencukupi daripada zat di dalamnya.Islam dan ilmu kesihatan begitu intim hubungannya. Sejak manusia dilahirkan, makanan atau minuman awal yang masuk ke dalam perut adalah susu ibunya.

Selain terjamin kebersihan dan suci dari segi syariat Islam, susu ibu adalah pemangkin terawal untuk menyemai kasih sayang antara seorang ibu dan anaknya.

Akhlak yang bakal dijelmakan anak adalah melalui susuan ibunya. Tabiat si ibu akan dipindahkan kepada anak yang menyusu. Jika solehah si ibu yang menyusukan, akan lahirlah generasi anak berakhlak mulia dan terpuji.

Jika dimulakan dengan susu haiwan, bayi itu bila membesar akhlaknya dikhuatiri menjadi tidak sempurna.

Selain adab makan dan memilih makanan, dari segi penjagaan kesihatan, Islam melarang mengambil makanan dan minuman secara berlebihan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang dipenuhi dan ketat dengan makanan yang halal.”

Banyak jenis penyakit bermula daripada salah memilih makanan, termasuk makan secara melampaui batas. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.”

Allah s.w.t murka kepada hamba-Nya yang suka melampaui batas, termasuk dalam soal pemilihan, adab dan cara makan.

Sebagai balasan, Allah s.w.t. akan menurunkan pelbagai wabak penyakit, sama ada ia akan menyerang manusia secara keseluruhan atau menyerang individu yang berpunca daripada kelalaian dan kealpaan manusia dengan memilih makanan harian tanpa mengikut panduan syariat islam.

maka hukum memilih makan yg halal lagi tayyiban adalah wajib bagi setiap manusia yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasulnya.

wallahu a'lam.

Tuesday 14 June 2011

PRODUK AKAN DATANG

PAKEJ TRAVEL & TOUR DALAM DAN LUAR NEGARA SERTA PAKEJ UMRAH
PRA TAHFIZ
MEE KUNING DAN KUE TEAW BASAH


NANTIKAN PELANCARANNYA.....

PRODUK UTAMA

MENGANJURKAN KEM MOTIVASI UNTUK PELAJAR,REMAJA DAN DEWASA
MENERIMA JEMPUTAN TAZKIRAH,CERAMAH,KHUTBAH,QIAMULLAIL ,SLOT-SLOT MOTIVASI.
MENERIMA JEMPUTAN KE SELURUH MALAYSIA DAN LUAR NEGARA

PROFILE

IM HIZBUR MANAGEMENT & CONSULTANT

TARIKH MULA BEROPERASI : 01.04.2011


PENGARAH URUSAN : IM HIZBURRAHMAN BIN OMAR ZUHDI

PENGURUS                   : MUHAMMAD IZZAT BIN HJ ADZMEY

PERTANYAAN HUBUNGI..

NO 3,JALAN BUKIT JALIL,
TAMAN LTAT,
5700 BUKIT JALIL , KUALA LUMPUR

019-3478355
MUHAMMAD IZZAT BIN HJ ADZMEY (pengurus)

EMAIL : imhizbur_consultant@yahoo.com

IM HIZBUR MANAGEMENT & CONSULTANT